~tinggalkan kesan anda di sini!~ (^_^)~~

Thursday 12 June 2014

Khasiat Buah Delima (^_^)~~

Assalamualaikum & Selamat sejahtera.. Opocot!! tha update blog tuuuuu...jgn terkejut naaa...hehe.. Sudah berkurun lama rasenya meninggalkan blog ni kesepian.. cehwahhh....haha..almaklumlah sudah berkahwin..Suami adalah keutamaan si para isteri..hehe..Yap kite dah berkahwin pada 25 Oktober 2013..Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar dan d permudahkan NYA..Moga ikatan yang dibina ini terjalin kekal abadi hingga ke syurga..Allahumma Amin..Doakan kite yer semuaa~~ hehe..Selama ni banyak benda sebenarnya yang kite nak update tapi.....tuuttt.....hehe..nantila sikit2 boleh la kita share ye..Skang ni zaman canggih sangat pun susah jugak nak hidup..Bukan semua orang yang sukekan kite kan..iyoooo idoookkk...so sebagai manusia biasa kenala bersikap berhati-hati selalu..InshaaAllah..Allah Maha pelindung~~ Okeyla..Entry harini sebenarnya kite nak share tentang #Delima Merah..Nape tibe2 arini nak cite pasal Delima ni..eh2..hehe..ceritanya begini..semalam mak mertua bagi buah delima utk di makan..pagi ni, bangun je pagi2 en. suami da korekkan buah delima masuk dalam Tupperware utk di makan..so sambil2 makan sebelum memulakan pekerjaan tu kite pun search la khasiat buat delima..jeng jeng jeng..terniat pule nak share dgn kamu2~~ so Meh laaa bace..beselaa Intro mmg selalu berjelaa...wink wink >_<


Delima dari En. Suami With Love~~ ;)

 
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?


 nyum-nyum! Merahnyer~~

Inilah sebahagian Khasiat buah Delima!!~~ Mari Amalkan
BACA JANGAN TAK BACA ;)
 
MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
 
 
DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.
 
 
MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.
 
 
MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai ‘natural viagra’, dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.
 
 
MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.
 
 
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT DIABITES
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
 
 
MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.
 
 
MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.
 
 
MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
 
 
MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
 
 
MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.
 
 
 
MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.
 
 
MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.
 
 
MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.
 
 
DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan ‘morning sickness’menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik
 
 
MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.
 
 
Lagi Khasiat Buah Delima~~
*Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
*Melawan penyakit gout
*Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
*Merawat ‘sinus’
*Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
*Meningkatkan tenaga
*Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
*Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu  melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
*Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
*Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
*Mengatasi masalah penyakit buasir
*Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
*Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
*Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
*Menormalkan fungsi hati
*Menstabilkan peredaran darah
*Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
*Mencuci darah kotor
*Antioksida yang tinggi
*Menstabilkan paras kolesterol
*Mencegah penyakit jantung
*Mencegah penyakit barah
*Merangsang tenaga batin
Inilah rupe buah delima yg masih di atas pokok~~ SubhanAllah~~

 
Okeylah..banyak keje yang tengah menunggu ni..hehe..dalam hati ni nak cantikkan blog ni..tapi tulaaaa..kena pikir macam mana nak buat..tolong ajarkan boleh?? hehehe..okey!! Assalamualaikum~~ Semoga harini kite dilimpahi dengan rezeki yang barakah dan keberkatan dariNYA..Allahumma Amin.. "Dapat rendang ayam & nasi lemak dari kawan2 sekerja~~ Alhamdulillah rezeki..siap nak mention! hehe"

Friday 22 March 2013

LOGO HALAL YANG SAH! (^_^)~~

Assalamualaikum sume!~ hehe..tiba-tiba terasa meluap-luap perasaan ni nak menulis informasi yg baru je dapat melalui program kat kolej harini "Consumer Right"~~ tapi entry tha kali ni nak FOKUSkan kepada ISU HALAL..bagaimana sebenarnya produk-produk kita dapat LOGO HALAL YANG SAH!~ Dari balik td rasenya perlu tha sampaikan isu ni, untuk kebaikkan kita semua.. "sharing is caring"~~ heee.. okeyla sebelum tha mula..kamu semua tahu tak logo halal yg sebenar-benarnya macam mana??? Seriously, tha pun kadang-kadang sebagai penggun 'Confius' jugak..tapi tha akan cari yg betul-betul tha yakinla logo tu benar dari Jakim!~ hehe

SAH TAK? SAH~



 
Okeyla~ camni tadi isu-isu yg berbangkit dan menarik perhatian tha adalah (cehwah!! mcm mesyuarat pulerr) isu macam mane sebenarnya kedai-kedai atau produk-produk ni dapat logo halal yg sah! kena ingat YANG SAH SAHAJA yap!! hehe..Memangla selama ni kita tau sah tu sebab makanan tu halal di sisi agama..tapi bukan semua yg kita tahukn..sebenarnye ada lagi ciri-ciri lain yg perlu di ambil kira tau macam mana sesebuah kedai atau kilang dan sebagainya dapat logo halal ni! Jeng jeng jeng~~ macam mana..makanan yg halal bg umat islam memang 'confim-confirm' termasuk..kemudian kebersihan premis tu sendiri..contoh cara mereka masak makanan, letak barang-barang tu di tempat yg elok dan bersih, teratur, cara pemakaian yg kemas, ade sarung tangan, tutup kepala dan sebagainya..haaaaaaa!!! JANGAN KATA BENDA NI BIASA JE!!~ Sebab mereka yg pergi buat siasatan sebelum memberi logo halal ni dapat jumpa pelbagai cara dari pihak penjual..banyak sangat gambar-gambar yg mereka ambil dan gambar itu BUKAN DARI INTERNET..hehe...
 
Contoh pertama dari kilang atau kedai roti..orang yg menguli tu bangla, tak pakai sarung tangan roti tu sampaila ke lengan dia..masa 'presenter' tu berucap dia kata..bayangkan bulu-bulu tangan dia yg panjang tu..bayaaaaanggggkannnlaaahhhh~~~ hahaha...siap tunjuk gambar kot tadi..ada pulak tu dia uli tepung tapi macam gaya ala-ala dukung baby..boleh 'imagine' tak??? eeuuww...
 
 
 
Okey tu bab menguli, sekarang ni bab baju pula..dalam gambar tu..tha rasa kat kilang..masa tu mereka buat serbuan rasanya..pakai baju tak kisahla hak masing-masing..tapi biarla beretika nak-nak depan makanan yg nak di jual..hohoho...baju tu kalau boleh atas pusat lagi pun okey..haha..INI BUKAN CUBAAN, INI BETUL-BETUL~~ pakai seluar pendek, kaki tu letak dekat kuew tiaww (contoh saja!~ hehe) tak pakai sarung tangan, kuku panjang berdepa...haila awak awak..huhu
 
Lagi!~ lagi bab di manakah mereka meletakkan bahan-bahan mentah..dalam gambar yg tha tengok tadi..dia letak sayur tu dalam tandas lelaki..dalam tandas lelaki ade 'toilet' kecil tu kan (tengok dlm citer eak!! tak penah masuk okey!~) hah!! dalam tu la sayur tu duduk...so macam mana??? lepas tu kawasan tempat memasak..yela benda yg kita nak masuk dalam perut nk jadikan rezeki biar la elok sikit..huhu 'speechless!!'~~ tha tak buat cerita yer..ini apa yg tha nampak dan niat tha nak sampaikan pada semua..harap bermanfaat..
 
 
 
Lepas tu kes sembelih ayam....sebagai umat islam, kita semua tahukan cara-cara nak sembelih ayam..ayam tu kena di sembelih dulu dengan betul..tapi ni ada kedai dia tak sembelih pun tapi dia bunuh ayam tu.. NI KAMI TAHU!!~ ye tha tau semua orang tahu tu...tapi kita ke berwaspada sebab hari ni tha da tengok dari gambar tu macam mana gelinya dia bunuh ayam tu gune mesin..ayam yg banyak-banyak tu dia campur satukan dengan air-air darah yg da sebati..sangatlah iyakk gambar tu!~ dan ada tu dia campak ayam yg hidup-hidup tu dalam air panas menggelegak..kesian ayam tu, tersiksa..huhu..dan cara ni dua-dua tidak elok untuk kesihatan kita sebab dia bunuh terus macam tu menyebabkan ayam tu terkejut dan darah ayam terus naik ke kepala~~ so pilihla elok-elok kat pasar tu..hehe..TAPI JANGAN RISAU..'presenter' tu bagitahu buat masa ni ALHAMDULILLAH DI MELAKA pemantauan yg di buat semua ayam di sembelih mengikut cara islam.. :)
 
Bismillahirrahmanirrahim~~ Allahuakhbar~~
rasa-rasa sembelih ke tak??
 

mari kita bersantai~~ sape mahu mariler..nyum2!~ haha
 
So ini adalah antara proses-proses bagaimana mereka nak dapat logo halal..kita sebagai pengguna mestilah berwaspada..pilih logo yg betul dan yakin..pilih jugak kedai yg bersih dan menepati citarasa kita sebagai umat islam..harap sedikit sebanyak dapatlah tha sampaikan apa yg patut~~ Terima kasih kerana sudi membaca..kalau sudi lagi 'comment' la..lagi sudi silalah follow..hehe..okey!~ gambar-gambar ni tha cari kat internet..gambar-gambar yg tha tengok tadi betul-betul dari pihak berkenaan..bukan niat tha untuk memburukkan sesiapa tapi untuk kita semua lebih berhati-hati..sama-samalah kita terapkan nilai-nilai murni tak kira pengguna atau penjual..hehe..kadang-kadang kita terlupa yg apa yg kita buat tu sedang diperhatikan oleh DIA YG MAHA ESA~~ AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR~~

Tuesday 19 March 2013

Binatang Kesayanganku (^_^)~~

Assalamualaikum..Selamat Hari Selasa..Apa khabar anda semua? sihat tak? happy? atau JK?? haaa..mesti semua orang tahukan JK tu ape, nak-nak zaman serba canggih semuanya nak shortfrom je memanjang..blh shortform mcm trengkas tu tpi ni tak jdi len pula..contohnya:- lah jdi lha..ke jdi kew..aku jdi aqu..atoiyai..hahaha...kan..kadang-kadang tha tak paham dan tak reti nak baca..Al-maklumla dia ni bukannya moden bebenau..ahaks!~ hehe
meh sini sape brani kacau!~ hehe
Sebenarnya entry kali ni tha nak share tentang binatang kesayangan!! dan kalau kamu nak tahu tha sangat minat dengan kucing..dan hanya kucing je yg tha berani nak pegang walaupun arnab n hamster tu rupa dia 'ala-ala kucing' tapi seriously tha tak berani pegang walaupun telah mencuba banyak kali..kat rumah ada hamster jugak..nama dia ONDOK n OJO (sempena kenangan dulu kala..hehe) hamster adik tapi nama tha bagi..haha!! Ojo da tak de, rasanya ondok makan kot..ntah..haha..adik selalu gak acah-acah bagi kat tha, kadang-kadang tu rasa nak ehhhh dia ni!!! ade yg kena jugak ni..haha..dia tau kita takut dia main-main lak..terkejut kot..(madang je nak terkejut!!) Lagi satu kucing adalah binatang kesayangan Nabi Muhammad S.a.w~~ :) 

kami kembau yg lapau!!~ hehe
Yes! so hanya kucing jela tha berani sentuh tapi kucing garang-garang tak berani jugakla..haha..Kat rumah tha ade 2 ekor kucing..name dia MALEK n CHUKI (name adik yang bagi!)..Sejak dari kecil lagi tha mang suka sangat main dengan kucing..mcm mane tha boleh tau..sebab tha tengok gambar-gambar tha masa umur dalam lebih kurang 1 tahun lebih kot..banyak bergambar dengan kucing..Comel!! auwww..haha..nampak sangat selalu main dengan kucing..Yap, bila tha resah, sedih kadang-kadang tha akan luahkan pada kucing tha..bagi tha kucing ni dia paham apa yang kita sampaikan..dengan memek muka dia, manje-manje dia, mengada!! haha..kadang-kadang kitorang kat rumah tu buat kucing macam adik-adik je..haha..buat macam baby pun ada jugak..tapi Chuki sekarang macam dah selalu sakit je..sedih jugak..malas nk cakap lagi kang sebak kang    mood jadi lain pula..haha..


anak ibu cayang jgn tatut ye, ibu peluk kamu ye!~ :)
Jom cuci-cuci mata tengok gambar-gambar kucing yang comel ni!! di sebabkan tha bukan di rumah jadi, tha tiada simpanan gambar MALEK n CHUKI.. hee..banyak gak binatang yg adik penah pelihara kat rumah..kucing, hamster, ikan, kura-kura, dan MUSANG!~ hehe..jangan tak percaya~~ tha SAYANG binatang-binatang ni walaupun bukan tha yg bela..tapi sekarang tinggal ikan, hamster, kucing aje..kura-kura da mati..musang pulak da lama sangat da mak dia amek balik..haha..k la sampai di sini saja!!~ :)


posing cmnila..haaahhh!! 



jgn kacau sy nak tito!!!
awk tgok sy, sy tgok awk smule~~

maafkan saya~~~ (dgn buat muke cute aje!!)

kami gengster kg pinang sebatang yg comel!! hehe

selamat malam sayang!~

shhhh!! jgn bising2 kite tgh nyorok ni~~

letihnya hidup mcm ni..bile la segalanye selesai~~

terima kasih kerana sudi maafkan dan terima saya..rindu  kamu!~ :)
Inilah CHUKI & MALEK! (amek kat fb siap dgn kate2 lagi~~)
tapi sedih sebab CHUKI da sakit~~ jalan pun terhuyung hayang~~
So ape binatang kesayangan kamu??? cecite cecite~~ alahai sayang kenapalah kamu sangat-sangat comel!!~ sedang merindui!~ ;D

Tuesday 12 March 2013

Kecomelan dan kekemasan terserlah (^_^)~~

Assalamualaikum semua!~ mang siyes berhabuk sangat da, umpama rumah usang yang perlu dikemaskan semula 'blog ni' hehe..hampir 8 bulan lebih telah di tinggalkan..kemanakah saya menghilang???? teeettt...sebenarnya tade menghilang mane-mane pun..cume last time saya tersangatlah sibuk menghabiskan kerja-kerja thesis sebagai postgraduate student..kononlah! ehem..tahun 2012 pun da tamat dan sekarang telah menjelma 2013 dan mengharap agar tahun ni adalah tahun yang akan memberi 1000 keistimewaan dalam diri kita..Amin..Alhamdulillah, segalanya telah selesai, selesai bergelar 'student' pd Januari 2013 dan sekarang telah bgelar 'career woman!' pd Februari 2013..tak sabar menunggu hari nak 'convo' ni! nak adiah, nak munge banyak-banyak boleh??? mengada!~ hee.. Alhamdulillah..atas segala berkat skongan, dorongan, doa daripada insan-insan tersayang yang tak pernah jemu utk bersama mak cik yang banyak kerenah ni!~ auww~ k done!~ 

Sekarang tha ade kat office ni..lunch hour..hari ni class petang..heee..len kali la tha cerita tntg pengalaman kerja ye..tuk harini tha nak amek mase cite pasal kecomelan gmbar-gmbar yang tha jumpe ni..besela time tade keje abis sume nak duk di belek, di cari dlm google ni.. (pdahal banyak je keje) so hati-hati sebab tha mang stalker terhebat..wah!!! haha..even kurang pandai sikit dengan internet yg canggih dan moden ni..tpi bab-bab mencari maklumat yg saya minat memangla tersangat cekap! konon!! heee..ape pun tak boleh~~ tapi tade ape pun yg nak di cari..saje je gurau..padahal pandai gune facebook je pun..yg lain??? okey ramai suh buat twitter la, histogram la, pelbagai nama la kan..tpi cukuplah sekadar fb dan email je..tha kurang berminat dgn 'social network site' ni!~ fb pun kena paksa suh buat..hee..tpi blog mang sy minat!~ kuang-kuang~ melalut lebih da ni..

Baiklah!~ jom kite cuci mate dgn something yg agak comel dan teratur bagi tha..mane tahu in future nantikan nak buat ala-ala gaya macam ni..ehem!~ heee...Sangat comel!~







NICE!!~

COMEL! SEBAB BIRU!~ 

Okey la kan..so how?? ape yg anda pikir tu..heee..tha just nak tnjuk gmbar-gmbar yg tersangat comel tetapi kemas ni..cuci mate sambil-sambil..tha sgt suke gaya kekemasan dan kecomelan mereka 'organise' brg-brg ni..manela tahukan nanti bila sudah memiliki rumah sendiri boleh la 'decorate' ikut keselesaan masing-masing..heee...okey~~ Assalamualaikum~~ XOXO!!~ (Eh macam dalam cerita Istanbul Aku datang lak!~ hee..ENJOY!)

Thursday 9 August 2012

Impian-impian kecil Ku (^_^)~~

Assalamualaikum, fuhh!! dari bulan 6 di tinggalkan..hehe..Alhamdulillah selesai dah kita sume bertaraweh untuk malam yang ke 19~~ Sebelum tu masih boleh lagi kan tha nak ucapkan salam Ramadhan pada pembaca2 blog tha..(ade pembace ke tak! layankan aje~) Syukur sangat2 dapat mendekatkan diri dengan DIA pada bulan yang penuh barakah ni..harap berterusanlah urusan2 yang cuba kita pertingkatkan dalam kehidupan kita ni hinggala ke akhirnya..10 Ramadhan terakhir bagi tahun 2012 ni, mari kita sama2 rebut peluang Malam Lailatul Qadar..mana tahu ade rezeki kita pada tahun ni..Smoga segala hajat kita di makbulkan pada bulan yang penuh mulia ini..Allahumma Ameen~ Muqadimah biaselah panjang berjela..hehe..tengah buat ape tu? tha tengah tulis blog sambil2 tengok cerita 7 Ramadhan..rasa sangat2 letih hari ni tapi nak tengok sambungan 7 Ramadhan ni..first time tengok tapi tertarik minat pulak..hehe..Ramadhan kali ni tha berkampung di Puncak Alam walaupun tengah cuti semester..alone..hehe..okey..nak start cite ape kes dengan post tha hari ni kan..jeng jeng jeng!!!

I have a dream! (yang kecil2 dulu~)

Impian-impian kecil Ku..Cakap pasal impiankan, setiap insan di dunia ini tak kira bangsa, agama, umur, darjat dan apa2 jela semua kita mempunyai impian masing2..dan kat sini tha nak sharekan impian kecil tha lah..(yg kecil ade, yg besau pun ade dia ni -.-'') Mungkin impian kecil tha ni same dengan impian kawan2 yang kat luar tu kan kan kan..hehe..so let's go! Impian ni antara impian yang tha mang minat la sejak kecil sampai la ni..Cume ade yang berkesempatan dan ade yang tak tercapai lagi..huahuahua..

Pertama ialah, (macam karangan sekolah sudah >_< ) Menjahit..a'ah tha minat sangat menjahit dan suka tengok makcik2 kakak2 adik2 abang2 (erk! ade lah tha) yang pandai menjahit..walau camne pun bagi tha tukang jahit tu buat tha rasa kagum..nak2 kalau dia pandai jahit sulam, labuci..itu impian tha..nak juga macam tu..sekurang2nya buat baju tha n family sendiri pun okey jugak (akan datang yer!) hehe..Minat menjahit ni ade dalam diri tha rasanya di sebabkan oleh nenek tha kot..nenek mang pandai sangat menjahit..tapi sekarang tak bape nak nampak sangat menjahit tu..mungkin turunlah jugak kat tha kan sikit2..hehe..tha setakat jahit baju koyak, lencana sek adik2 sume bolehlah..haha..tapi ingat mase form2 dulu tha penah jahit tudung yang tha nak pakai..1time beli kain ela n jahit tudung sendiri..seronok! hehe



mane tau ley jahit camni! (mang tak ler!! haha)
Kedua ialah Memasak..nak kata tak reti masak tu tipulakan (konon!!) haha..cume nak lagi pro n pro sangat2..tha masak simple2 je bolehlah..kalau parents tade kat rumah bolehlah masakkan untuk adik2 tersayang..(tipu2!! haha) Adik tha penah suruh masuk master chef (setakat goreng telur mate! hakhak) mang tak la kan sebabnye, bila dia suruh pegang ikan hidup2 dan potong time tu jugak..tha rasa tha tak mampu..penah cuba siang ikan darat hidup2 (ikan air tawar ler)..time tu cuba kuatkan semangat percubaan untuk insan tersayang..tapi rasanya lain kali tak tau boleh lagi ke tak..huahua..tapi tha mang suka sangat2 tengok kawan2 yang pandai masak..impian tha kat sini tang masak2 ni lebih pada masak kek camtu kot..heeee..bakat memasak mang terbaik dari nenek..dan buat2 kek dan kuih2 moden ni mang ibu tha minat sangat2..time raya susahlah lau nak ape kuih tunjuk2 tu..lebih pada buat..tapi tahun ni tak tau macam mane sebab masing2 da merantau..hehe..
nyum2!! saya suke kek coklat!!

Ketiga ialah berniaga..yang ni tak tumpah ikut nenek..asal banyak dengan nenek eak?? sebab tha cucu sulong belah ibu..jadi mang dari kecil sampai besar berkepit dengan nenek lebih dari ibu..da besar2 ni lebih berkepit dengan dua2..hehe..manje la konon!! nenek sangat2 minat berniga, dan tha pun minat benda yang sama..nenek time muda2 dulu pandai buat duit sendiri contoh macam berniaga kuih..skang pun masih berniaga lagi..tapi yang ni tolong moyang tha jual belacan cencalok kat melaka..datang melaka..mailah singgah! hehe..dulu penah la time diploma tha buat service jual topup, printing..boleh tahan jugaklah..mase degree tarok, master lagi hampeh..hihi -.-'' tha start niaga main2 la kan time sekolah rendah lagi..yela tolong2 jual cencalok belacan moyang..hikhik..tapi impian berniaga yang tha inginkan ni tadela sampai nak buka kedai tu..tapi secara kecil2an aje..orang kata sampingan2 gitu aje..cari duit lebih..hehe



A.L.O.N.G "ALONG!!"
 (bijak, pandai, cerdik, sihat! saya bijak sekali..Along!! ingat2 lupe lagu dia >_<)
                       

Keempat ialah jadi motivator ala2 fadzilah kamsah, ustzh siti nor bahyah dan seangkatan dengan mereka..sangat2 minat..mang dari kecil konon2 berangan nak jadi pengacara..ingat lagi time kecil kan, bila ayah bawa pergi jalan2 tha akan berangan sorang, bukan setakat berangan tapi berlakon..dulu penah tak tengok cerita ALONG..time tha cerita tu agak famous..tha konon2 ala2 pengacara yang mana2 tempat tha pegi tha akan konon2 macam mengacara..hakhakhak..mesti tak cayakan..inilah cerita tha time kecil..seronok bila kenang2kan..mase time diploma la tha dapat tau yang tha bolehlah ade bakat sikit tuk public speaking ni..time kasih kat lecturer yang penah bagi semangat kat tha..sangat2 hargai..mase tu jugak tha penah masuk public speaking contest last minute..time tu tha praktikal kat lendu dengan koordinator OM..rindu sangat mase tu..haa yang ni ikut ayah..ayah memang la pandai bercakap, kira berhujahlah..kadang2 bila tengok ayah berucap tha boleh ternganga..sebab kagum..hehe..tha mang tak boleh tengok orang pandai cakap nanti tha akan kagum..nak2 bile dia share tentang kejayaan dia..hehe..speaking london lagi kagum!! ngeh2~

Keempat ialah impian nak jadi lecturer..yang ni kira cita2 la jugakan..yap! ni yang tha impikan dan belajar sampai la ni untuk capai impian ni..dari kecil maybe suke conteng2 sana sini almari..macam pengacara tadi tha berlakon..cikgu ni tak ketinggalan..hehe..kalau tak caya bole pergi rumah nenek tha tengokla almari2 nenek kesan contengan budak ni..kapur kat sekolah tu selalu je amek bawa balik rumah..oppss...hehe..tapi yang tinggalan tu sebab pakai marker pen..(cerdik benaukan!) tha suka sangat2 tengok lecturer2 tha mengajar..mereka ni sangat2 banyak info..yang ni pun boleh buat tha kagum terpegun ternganga..(tapi dlm kelas ternganga kang len lak jdinye~~ hehe) kadang2 time belajar tu tha terfikir mampu ke tha nak jadi macam ni..ilmu di dada belum cukup untuk dicurahkan..eceh!! haha..yang ni tak ikut sape2~~ hehe..kalau betul ada rezeki tha kat sini harap2 di permudahkan..Ameen~~ doakan kejayaan bersama~ ;)

bermacam2 warna ade! suke kumpul!! hikhik

Okeyla..panjangnye..penat plus mengantuk..apepun yang tha nak sampaikan kat sini ialah impian kita memang banyak..kita cubalah capai impian2 yang kita mahu tu dengan azam yg teguh kalau betul2 kita mahukan..Ade rezeki tak kemana.."Kun Faya Kun" Jika Allah menghendaki, cukup Dia katakan Jadi, maka jadilah sesuatu itu..Maksudnya kat sini kalau ade rezeki, di izinkan Allah, susah macam mana pun benda tu akhirnya akan jadi milik kita juga..Nak tau impian2 kecil tha ni tercapai ke tidak..tunggulah beberapa tahun lagi dari sekarang ye..hehehe..Insya Allah berkat bulan Ramadhan ni harap apa yang kita hajati di permudahkan dan di makbulkan..Ameen..Jom tido..Jangan lupe 10 malam terakhir, cuba ape yang mampu yer~~ Assalamualaikum..Selamat berpuasa, maaf salah silap..cerita ini hanya sekadar suka2 saja..bersangka baiklah kita~ (^_*)~~

Sentiasa mendoakan..Semoga impian kita di masa hadapan akan tercapai..Ameen~♥♥ ♥♥ ♥♥ 

Selamat beramal~


untuk saya dan kamu semua!~ luv u~~

Tuesday 5 June 2012

"TraveL" (^_^)~~

 
Assalammualaikum sume pembace-pembace blog ini yg dirahmati Allah~~ ape kabau sume?? sihat?? da makan?? amacm keje ade okey?? bnyak tak assgment dapat skg?? sedih ke atau tgh hepy ke skg?? kesorangan ke atau berteman skg ni?? byk persoalan yg bermain di minda kan kan kan kan?? ade rase stress tak?? tipulah kalau nak kate tade kan..tpi walau bagaimnapun perjuangan harus d selesaikan..bersyukur lah dgn nikmat yg d beri dan terimalah sesuatu dugaan atau pemberian itu dgn hati yg terbuka kerana setiap ape yg dirancang olehNYA pasti akan ade satu perancangan yg terbaik untuk diri  kite..dan setiap dugaan pasti ade hikmah~ Itu janji NYA~ Semoga segalanye d permudahkan olehNYA~~ Amin~~ kat bawah ni tha share doa hilang stress ye tuk sume~~ same-samelah kite ingat mengingati~~ sharing is caring~~ Insya Allah~ hehe



Okey macam beselah kan muqadimah je dah panjang berjela budak tha ni..hehe..klah sebenaunye tha nak tulis entry pasal travel..yeyyyyy saya mahu p travel!!! tpi ble nye tak tau lah kan...lau ade rezeki lebih Insya Allah suatu ari nanti sampailah ke tempat-tempat yg di impikan ni..mane ler tau kan kan kan..family tha mang jenis suke p jenjalan dengan keluarga...setiap kali cuti sekolah aje mesti jenjalan tpi wat mse ni sume dalam Malaysia lah..oversea lum sampai lagi lau nak bawa sume-sume skali tpi kalau ayah mang byk negara dah pegi..untunglah ayah tha..rezeki Dia bg untuk ayah..hehe.. so dari kecit lah da rase dunia travel ni mang suke sangat-sangat sebab dengan cara ni kite boleh menghilangkan stress dan bergembira lebih-lebih lagi bile pergi dengan insan-insan tersayang kan~~

Mesti nak tau kan tempat mane yg tha impi impi impi impi kan sangat nak pegi.. ape tak nak tau?? huh! kecit ati..tak nak tau sudah..tha nak bagi tau jugak..kehkeh..baiklah mula-mula sekali tempat yg tha impikan tuk pegi lagi sekali ialah tempat ni..Mekah AlMukarramah dan Madinah..yap sekali lagi..tha penah jejakkan kaki di sini mase tha darjah 4..bersyukur sgt penah merasainye..sangat-sangat indah tempatnye..bnyak kenangan manis tha kat sna yg tak dpt tha lupekan sampailah skang ni..dan sume umat islam amat mengimpikan tuk menjejakkan kaki ke sini..Insya Allah suatu hari nanti tha nak pegi bersame suami tercinta~~ mudah-mudahan d makbulkan doa~~ Ameen~



Pandang gambar pun rase sayu je kan~


Subhannallah~ Mekah dan Madinah yang tersegam indah~
  

Lagi tempat mane yg dak tha nak pegi sesangat tu...haaaa kat sinilah forsure!! tempat tha dan ramai lagi insan-insan yg rapat dengan tha nak pegi..jeng jeng jeng...takya nak jeng jeng sangat lah tha..haha..KOREA!! haaaaaa!! nak tak pegi tak??? jom-jom!!! jom berangan dulu!! hahaha...kalau tha kan tha nak p time musim bunga..ala2 romantik gitu~ haha..nak pegi pulau jeju..magic art..nak lalu kat cite winter sonata, autumn..nak macam-macamlah..lagi nak ape eak?? nak nak nak jupe lee dong wook ke lee min hoo ke kan kan kan!! boLeh tak?? hahaha~ nak pegi dengan suami tercinta (suatu hari nantilah sekang lum de suami lagi~) hehe


Ni lah magic art~ konon-konon panjat dinding padahal atas lantai je tu! haha..
Tempat-tempat yang cantik utk yg suke bergambar!

Okey tempat yang ketiga tha impikan dari kecit nak pegi kan ialah tempat ni..tha tau tempat ni time tha bace paper waktu kecit-kecit dulu..tha rase sangat-sangatlah terpegun dengan tempat dia ni..mang mase tha kecit tha pikir lau dah besau nnti nak lah pegi sini..tempat tu ialah Dubai~~~~~ Wah! banyak duit dak tha kan nanti!~ hahaha..manelah tau kan ade rezeki bile kte berangan-berangan ni..Ameen~ hehe..ni tempat dia tha mang kagum sangat-sangat walaupun tha ade sikit takut lah lau nak tido kat hotel ni..cam entry sebelum ni takut jaws!!! hahaha..camtulah jugak yg ni..beselah imigination budak ni mang tinggi!~ jaws! beware!! hahaha 

bilik tido hotel ni!! terpegun tak?? tha jelah terpegun ni~ jaws!!~
cantikkan permandangan laut dalam~ dari kecit dah berangan ni~ haha


Australia...tha nak pegi sini..andailah ade rezeki tha kan dapat sambung Phd luar negara..tha nak smbung kat sini..andai ade rezekilah.. Ameen!! mudah-mudahan~~ bukan skangah nak sambungnye..botak kepala kot lau asek nak sambung je! hahaha..kasi rehat dulu lame-lame ckt..keje dulu pastu kawen..nanti boleh pegi dengan suami same-same duk sana ke kan..abis belajau baliklah Malaysia semula~~ (Wah kau berangan sampai ke situ lagi kan tha!!!) InsyaAllah..Ameen...mane tau kan jdi realiti satu hari nanti~~ hehe...terpesong jap cite dia ni...tha nak pegi sini nak pegang koala, nak tengok kanggaru! walaupun hanya kucing je yg tha berani sentuh!! semut tu belakang kire lah ye..hahaha..

tomelnye awak ni!!  



Lagi tempat mane lagi..haaa...tha kan peminat setia laut yg tersegam indah tu..air kebiru-biruan gitu..suasana yang indah lagi mendamaikan..angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa pastu kte amek gambau banyak kat laut..hehe..tha nak p kat sini..Bali!~ negara jiran kite..cantik sangat tempat ni..tha suke sangat sangat sangat..tak tau nak cakap sangat lagi cmne..haha..


Subhannallah~ Birunye air laut ni!~ tenang je pemandangan kat situ kan~


Wah sume tempat yg tha nak pegi sume luar negara kan..bajet cam ade duit je..hehe..tu tempat yg tha impikan nak pegi lah..ade rezeki sampailah sana satu hari nanti..Ameen..sape kate tha tak nak pegi dalam negara punye..dalam negara lagilah tha nak pegi tau..lagi kena pegi selalu! Malaysia di hatiku!~ haha..tempat kat Malaysia yg tha nak pegi wpun ade yg dah berkali-kali pegi kan..berkalilah sangat (mata ke atas, tangan ke bahu!) ialah tempat yang ade laut atau air terjun..tapi lebih kpda lautlah!~ hehe.. Langkawi!! dan Sabah!! negeri di bawah bayu!! boleh bah Qalau Qau..(pekat kan ckt) hehe~ ce teka mane langkawi mane sabah?? cepat-cepat nnti dapat percutian free dari......hahaha...nak sentuh air laut yg picture kat bawah tu!!~ jernihnye Subhannallah~~



Jom pegi sini!!! nak nak nak!!!


 Dan tha suke sangat tengok picture ni..kat malves rasenya..ce tengok air dia..takut mang lah takut duk tengah-tengah lautkan..tapi sangat cantik! dan terasa nak pegi sini jugak!~

cantiknye! Subhannallah~ nak pegi~~ huhu
Akhirnye siap gak entry tha yg dah lame gile tha nak share ni..nilah dia tempat yg tha impikan nak pegi..walaupun cume angan-angan pun tapelah..kalau ade rezeki lebih dapatlah tha jejakkan kaki kat tempat-tempat ni nnti..InsyaAllah..tpi tempat yg nombor satu tu pasti! Ameen~ Ni dinamekan budak stress banyak keje namenya..dia pun mulelah berangan berangan dan berangan~~ hehe...

Panjang umur murah rezeki tha nak pegi dengan insan-insan tersayang dan juge suami tercinta suatu hari nanti..InsyaAllah..Jadi..amacam..banyak tak? berangan aje dulu~~ Mudah-mudahanan moga segala urusan d permudahkan dan moga d murahkan dengan limpahan rezeki yg berkat~~ Ameen (^_^)~~