~tinggalkan kesan anda di sini!~ (^_^)~~

Friday 22 March 2013

LOGO HALAL YANG SAH! (^_^)~~

Assalamualaikum sume!~ hehe..tiba-tiba terasa meluap-luap perasaan ni nak menulis informasi yg baru je dapat melalui program kat kolej harini "Consumer Right"~~ tapi entry tha kali ni nak FOKUSkan kepada ISU HALAL..bagaimana sebenarnya produk-produk kita dapat LOGO HALAL YANG SAH!~ Dari balik td rasenya perlu tha sampaikan isu ni, untuk kebaikkan kita semua.. "sharing is caring"~~ heee.. okeyla sebelum tha mula..kamu semua tahu tak logo halal yg sebenar-benarnya macam mana??? Seriously, tha pun kadang-kadang sebagai penggun 'Confius' jugak..tapi tha akan cari yg betul-betul tha yakinla logo tu benar dari Jakim!~ hehe

SAH TAK? SAH~



 
Okeyla~ camni tadi isu-isu yg berbangkit dan menarik perhatian tha adalah (cehwah!! mcm mesyuarat pulerr) isu macam mane sebenarnya kedai-kedai atau produk-produk ni dapat logo halal yg sah! kena ingat YANG SAH SAHAJA yap!! hehe..Memangla selama ni kita tau sah tu sebab makanan tu halal di sisi agama..tapi bukan semua yg kita tahukn..sebenarnye ada lagi ciri-ciri lain yg perlu di ambil kira tau macam mana sesebuah kedai atau kilang dan sebagainya dapat logo halal ni! Jeng jeng jeng~~ macam mana..makanan yg halal bg umat islam memang 'confim-confirm' termasuk..kemudian kebersihan premis tu sendiri..contoh cara mereka masak makanan, letak barang-barang tu di tempat yg elok dan bersih, teratur, cara pemakaian yg kemas, ade sarung tangan, tutup kepala dan sebagainya..haaaaaaa!!! JANGAN KATA BENDA NI BIASA JE!!~ Sebab mereka yg pergi buat siasatan sebelum memberi logo halal ni dapat jumpa pelbagai cara dari pihak penjual..banyak sangat gambar-gambar yg mereka ambil dan gambar itu BUKAN DARI INTERNET..hehe...
 
Contoh pertama dari kilang atau kedai roti..orang yg menguli tu bangla, tak pakai sarung tangan roti tu sampaila ke lengan dia..masa 'presenter' tu berucap dia kata..bayangkan bulu-bulu tangan dia yg panjang tu..bayaaaaanggggkannnlaaahhhh~~~ hahaha...siap tunjuk gambar kot tadi..ada pulak tu dia uli tepung tapi macam gaya ala-ala dukung baby..boleh 'imagine' tak??? eeuuww...
 
 
 
Okey tu bab menguli, sekarang ni bab baju pula..dalam gambar tu..tha rasa kat kilang..masa tu mereka buat serbuan rasanya..pakai baju tak kisahla hak masing-masing..tapi biarla beretika nak-nak depan makanan yg nak di jual..hohoho...baju tu kalau boleh atas pusat lagi pun okey..haha..INI BUKAN CUBAAN, INI BETUL-BETUL~~ pakai seluar pendek, kaki tu letak dekat kuew tiaww (contoh saja!~ hehe) tak pakai sarung tangan, kuku panjang berdepa...haila awak awak..huhu
 
Lagi!~ lagi bab di manakah mereka meletakkan bahan-bahan mentah..dalam gambar yg tha tengok tadi..dia letak sayur tu dalam tandas lelaki..dalam tandas lelaki ade 'toilet' kecil tu kan (tengok dlm citer eak!! tak penah masuk okey!~) hah!! dalam tu la sayur tu duduk...so macam mana??? lepas tu kawasan tempat memasak..yela benda yg kita nak masuk dalam perut nk jadikan rezeki biar la elok sikit..huhu 'speechless!!'~~ tha tak buat cerita yer..ini apa yg tha nampak dan niat tha nak sampaikan pada semua..harap bermanfaat..
 
 
 
Lepas tu kes sembelih ayam....sebagai umat islam, kita semua tahukan cara-cara nak sembelih ayam..ayam tu kena di sembelih dulu dengan betul..tapi ni ada kedai dia tak sembelih pun tapi dia bunuh ayam tu.. NI KAMI TAHU!!~ ye tha tau semua orang tahu tu...tapi kita ke berwaspada sebab hari ni tha da tengok dari gambar tu macam mana gelinya dia bunuh ayam tu gune mesin..ayam yg banyak-banyak tu dia campur satukan dengan air-air darah yg da sebati..sangatlah iyakk gambar tu!~ dan ada tu dia campak ayam yg hidup-hidup tu dalam air panas menggelegak..kesian ayam tu, tersiksa..huhu..dan cara ni dua-dua tidak elok untuk kesihatan kita sebab dia bunuh terus macam tu menyebabkan ayam tu terkejut dan darah ayam terus naik ke kepala~~ so pilihla elok-elok kat pasar tu..hehe..TAPI JANGAN RISAU..'presenter' tu bagitahu buat masa ni ALHAMDULILLAH DI MELAKA pemantauan yg di buat semua ayam di sembelih mengikut cara islam.. :)
 
Bismillahirrahmanirrahim~~ Allahuakhbar~~
rasa-rasa sembelih ke tak??
 

mari kita bersantai~~ sape mahu mariler..nyum2!~ haha
 
So ini adalah antara proses-proses bagaimana mereka nak dapat logo halal..kita sebagai pengguna mestilah berwaspada..pilih logo yg betul dan yakin..pilih jugak kedai yg bersih dan menepati citarasa kita sebagai umat islam..harap sedikit sebanyak dapatlah tha sampaikan apa yg patut~~ Terima kasih kerana sudi membaca..kalau sudi lagi 'comment' la..lagi sudi silalah follow..hehe..okey!~ gambar-gambar ni tha cari kat internet..gambar-gambar yg tha tengok tadi betul-betul dari pihak berkenaan..bukan niat tha untuk memburukkan sesiapa tapi untuk kita semua lebih berhati-hati..sama-samalah kita terapkan nilai-nilai murni tak kira pengguna atau penjual..hehe..kadang-kadang kita terlupa yg apa yg kita buat tu sedang diperhatikan oleh DIA YG MAHA ESA~~ AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR~~

1 comment: